Kisah ini sering terjadi di kalangan masyarakat kita.

Perselisihan faham akan terjadi apabila kaedah mewasiatkan harta melalui bisikan.

Fatimah (bukan nama sebenar) menceritakan kepada saya bahawa ibunya sudah meninggal dunia dua bulan lalu. Sebelum meninggal dia sakit terlantar dan Fatimahlah yang menjaganya sehingga dia meninggal. Tetapi sebelum dia meninggal dia membisikkan kepada Fatimah bahawa dia ingin mewasiatkan rumah yang dia tinggal sekarang kepada Fatimah kerana penat lelah Fatimah menjaga arwah ibunya.

Tetapi apabila Fatimah menceritakan kepada dua orang abangnya, mereka tidak percaya dan berkeras bahawa semua harta arwah ibu perlu dibahagikan mengikut faraid. Abang-abang mahu menjual rumah itu. Macam mana dengan wasiat yang arwah ibu perlu dibahagikan mengikut faraid. Macam mana dengan wasiat yang arwah ibu tinggalkan? Tidakkah Fatimah berhak ke atas rumah itu?

Ini yang di persoalkan kepada saya.

Disini terdapat DUA perkara yang perlu diselesaikan dahulu sebelum harta pusaka si mati dibahagikan.

  • SELESAIKAN HUTANG

Kita boleh merujuk kepada kitab Mughil Muhtaj tulisan As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini yang telah menyatakan bahawa antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang belum ditunaikan, barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang ditinggalkan, harta sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum dipindah milik, perbelanjaan pengebumiannya, hutang dan wasiat.
Setelah diselesaikan perkara-perkara tersebut barulah baki harta itu dibahagikan menurut hukum faraid.

  • PEMBAHAGIAN WASIAT

Di dalam isu pemberian wasiat, menurut pandangan ulama-ulama Sunni, terdapat dua syarat yang perlu diikuti iaitu harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi 1/3 daripada jumlah harta si mati dan ia tidak boleh diwariskan kepada waris yang telah tersenarai di dalam hukum faraid.

Fatimah adalah termasuk dalam senarai waris sedia ada iaitu sebagai anak perempuan.

Namun dalam kes ini, penelitian juga harus dilakukan kepada lafaz ibu. Sama ada ibu menyatakan bahawa rumah tersebut sebagai wasiat atau sebagai hadiah yang efektif sebelum kematiannya. Sekiranya ibu melafazkan pemberian tersebut sebagai wasiat, maka Fatimah akan terikat kepada garis panduan yang ternyata di atas.

Maka kata putusnya adalah, lebih elok sekiranya semua wasiat atau hibah ditarikhkan, didokumenkan, dan bersaksi.

Jangan memandai-mandai, cari orang pandai!

Perlu Tahu

hibahinheritancekazmanmypusakamypusaka.infoperlu tahupusaka