Hari ini saya ingin berkongsi secara mendalam sedikit berkaitan pengurusan pewarisan harta dan urus pusaka iaitu berkaitan TUGAS-TUGAS WASI.

Kenapa penting pelantikan wasi ini dan kenapa perunding-perunding harta dan pusaka sibuk canang perkara ini?
Antara tugas wasi yang utama ialah:

1) Menghubungi PAKAR supaya mendapat khidmat nasihat bagaimana pusaka perlu diuruskan dengan tepat, cepat dan harmoni.
2) Mengumpulkan WARIS-WARIS secepat mungkin untuk perbincangan.
3) Bekerjasama dengan PAKAR Pusaka untuk dapatkan muafakat waris.
4) Mengumpulkan dan menguruskan harta-harta tunai berPENAMA.
5) Menjelaskan KOS PENGKEBUMIAN arwah.
6) Melunaskan HUTANG arwah
7) Memungut HUTANG dari mereka yang berhutang dengan arwah.
8) Mengumpulkan HARTA PUSAKA arwah supaya perbicaraan berjalan sekali sahaja.
9) Mengekalkan HARTA PUSAKA arwah jika dirasakan perlu dan sesuai semasa proses pentadbiran pusaka berlangsung dengan mengambil perlindungan takaful.
10) Menjadi PEMEGANG AMANAH untuk bahagian waris yang tidak hadir semasa bicara.
11) Wasi perlu mentadbir harta pusaka arwah dengan JUJUR, AMANAH DAN IKHLAS dan memastikan proses pentadbiran mengikut lunas Undang-undang dan Syarak.

Sejujurnya, pelantikan Wasi ini cukup-cukup penting dan perlu dibuat sebelum kita meninggal dunia. Bila kita meninggal dunia? Wallahu’alam.
Jika ingin melantik wasi anda dikalangan Waris anda, anda tahu siapa yang anda perlu cari.

Ditulis oleh :
Muhammad Nazmi bin Kamis
Pengurus MyPusaka cawangan Melaka
Ketua Perunding MyPusaka

Uncategorized