Kisah Duka Pusaka
Hj Abu ( bukan nama sebenar ) mempunyai seorang seorang isteri, Puan Iza. Mereka sudah berkahwin selama 20 tahun tetapi tidak dikurniakan anak. Secara senyap senyap, Hj Abu telah berkahwin sekali lagi di Thailand bersama Puan Siti. Hasil perkhawinan ini, Hj Abu dan Puan Siti telah dikurniakan dengan seorang anak lelaki.

Pada suatu hari, Haji Abu meninggal dunia disebabkan oleh sakit jantung. Hj Abu meninggalkan sebuah rumah bernilai RM 1 juta yang diduduki oleh isteri pertama beliau, Puan Iza. Manakala Puan Siti ditinggalkan dengan rumah sewa yang diduduki bersama anak lelakinya. Haji Abu turut meninggalkan wang di dalam akaun KWSP berjumlah RM 600 000.
Semasa majlis pengkebumian Hj Abu, Puan Iza dan Puan Siti berjumpa buat kali pertama. Pertemuan ini menyebabkan berlaku kekecohan diantara dua isteri disebabkan oleh perbalahan ke atas harta yang ditinggalkan oleh Hj Abu.

Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan mana mana isteri atau Hj Abu. Langkah terbaik yang boleh dilakukan adalam Hj Abu membuat perancangan legasi yang lengkap dan adil semasa hayatnya.
Anda ingin tahu?
Anda mempunyai kenalan yang mungkin memerlukan bantuan kami?
Hubungi MyPusaka dengan segera

Jangan memanda mandai , tanya orang yang pandai

Hasil tulisan :
Siti Aishah
Akademi MyPusaka

Uncategorized