Hibah bermaksud satu pemberian oleh Pemberi kepada Penerima semasa hayat Pemberi Hibah tanpa mengharapkan balasan dari Penerima Hibah.
Hibah dibuat atas beberape tujuan antaranya:
1) Mengasingkan sebahagian harta supaya terkeluar daripada pusaka yang perlu difaraidkan
2) Memastikan harta tertentu dapat diberikan kepada seseorang penerima yang tertentu.
3) Memastikan manfaat harta dapat diteruskan dan dinikmati secara mutlak.
4) Hibah Mutlak akan mempercepatkan proses peletakan hak supaya tidak melalui proses pentadbiran yang panjang dan rumit.
Hibah mempunyai rukun dan syarat tertentu iaitu
Rukun:
1) Pemberi Hibah
2) Penerima Hibah
3) Harta Hibah
4) Akad Ijab dan Qabul

Syarat:
Qabd – Perlaksanaan
Disebabkan adanya rukun dan syarat ini, satu deklarasi hibah perlu lah dibuat secara teratur, terancang dan dibuat dengan bantuan orang yg ahli (Peguam, Perunding Harta dan Pusaka dan lain-lain).

Hibah boleh digunakan keatas harta seperti rumah, tanah, kereta, akaun simpanan, saham-saham dan sebagainya.

Jangan sesekali kita buat sendiri hibah tersebut dikhuatiri akan terbatal dan tidak sah. Menguatkan lagi hibah ini adalah pengesahan di Mahkamah Syariah. Wallahu’alam.

Ditulis oleh :
Muhammad Nazmi Kamis
Pengurus MyPusaka cawangan Melaka

Uncategorized