Assalamualaikum WBT.

Saya rasa masih belum terlambat untuk kami ucapkan Salam Aidilfitri kan? Semoga semua sihat sihat belaka sambil suap ketupat rendang di open house saudara mara.

Macam mana raya tahun ni? Serba serbi lengkap kan persediaan. Dari baju, kasut ke kerongsang semua nak baru kan. Lagi lagi bagi si perempuan, si lelaki pun menurut je perintah jadi tukang bayar kan? #Bertabahlah

Jadi…macam mana pula dengan persediaan kita untuk menghadapi sakratul maut?

Ada buat persediaan tak? Ibadah dan amalan kita sudah pasti. Tapi apa persediaan kita dalam memastikan harta pusaka kita akan diuruskan dengan baik.

Jom kita baca sikit info ni…

Apa objektif kita dalam menyediakan persiapan sebelum kematian ni? Kita perlu maklum akan pentingnya menguruskan harta pusaka kita.

  1. Membantu waris kita untuk mengurus harta pusaka kita dengan baik
  2. Memastikan hutang hutang kita dapat diselesaikan selepas kematian
  3. Meninggalkan amal jariah yang berpanjangan dengan wasiat sedekah

Jadi bagaimana untuk kita menguruskan harta pusaka kita?

  1. Dapatkan bantuan pakar
  2. Melantik wasi sebagai AJK pusaka kita
  3. Menyediakan dokumen yang bertulis, bertarikh dan bersaksi
  4. Menyediakan wasiat sedekah ⅓ daripada harta pusaka kita

Nak tahu lebih lanjut?

Hubungi mana mana perunding MyPusaka yang bertauliah atau hubungi talian Hotline MyPusaka di 1 – 700 – 81 – 5873

Salam Aidilfitri 🙂

 

Source : https://fatihinabshar.com/2017/07/05/bagaimana-memudahkan-waris-menuntut-harta-pusaka-kita/

Perlu Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *